Penggunaan media sosial BOLEH membantu anda menaikkan sales dengan menarik perhatian pelanggan anda!
Kenapa?
Kerana pelanggan anda aktif di media sosial!
Dengan menggunakan media sosial, restoran atau kafe anda boleh menantikan:
- Peningkatan jualan
- Peningkatan kesetiaan pelanggan
- Reputasi jenama yang lebih baik
Nak dapatkan inspirasi untuk idea isi kandungan yang unik? Jom baca selanjutnya!
1. Gambar gaya hidup yang berkualiti

Gambar seperti ini bagus untuk mempamerkan perkara yang menarik tentang perniagaan anda.
Untuk perniagaan F&B seperti bisnes anda, gambar berkualiti biasanyamerujuk kepada foto kedai anda yang estetik atau gambar makanan yang menarik.
Kini, pelanggan sering menilai makanan melalui gambar, terutamanya dari media sosial.
Jadi tunjukkanlah apa yang mereka mahu lihat – gambar-gambar yang akan menaikkan selera mereka!
2. Video belakang tabir

Berikan pelanggan anda gambaran tentang aksi di sebalik tabir yang berlaku di restoran atau kafe anda.
Kongsikan gambar atau video yang menunjukkan cara penyediaan hidangan popular anda kerana pelanggan suka melihat cara makanan mereka dibuat!
Anda juga boleh dedikasikan beberapa kandungan untuk memperkenalkan orang yang bekerja untuk anda.
Tambahan elemen manusia pada penyiaran media sosial anda boleh membantu bina hubungan bersama pelanggan dengan membenarkan mereka memahami budaya bisnes anda dan mengenali pekerja anda terlebih dahulu.
3. Kolaborasi yang menarik

Sama ada perniagaan anda kecil atau besar, kolaborasi sentiasa memberi manfaat kepada pihak yang terbabit.
Ia boleh membantu meningkatkan pendedahan bisnes anda dengan memanfaatkan pelanggan masing-masing, berbanding ketika bekerja bersendirian.
Tetapi sebelum berbuat demikian, anda perlu memilih pasangan yang betul dan sesuai dengan produk anda dengan melakukan penyelidikan terlebih dahulu. Anda boleh:
- Lihat aktiviti pemasaran mereka
- Menilai jenama
- Tentukan khalayak sasaran
- Tempat mereka mendapat penglibatan pelanggan yang paling banyak
Setelah anda menemui pasangan anda, fikirkan cara terbaik untuk bekerjasama!
Sebagai contoh, anda boleh jalankan promosi secara bundle bersama-sama untuk meningkatkan pengikut media sosial anda, melakukan promosi silang, dan sebagainya.
4. User-generated content (UGC)

#TahukahAnda 50% pengguna mengatakan bahawa kelihatan user-generated content akan meningkatkan peluang mereka untuk membeli produk melalui media sosial jenama?
Cari dan guna foto cantik yang diambil oleh pelanggan anda melalui:
- Tag lokasi di Instagram untuk mencari foto yang diambil di restoran anda
- Carian hashtag dengan nama restoran anda
- Carian Facebook atau Twitter dengan nama restoran anda
- Menyemak foto dan siaran akaun anda yang telah ditag
Dengan kebenaran pemilik asal, anda boleh berkongsi atau menyiarkan semula foto cantik mereka ke halaman media sosial anda!
5. Meme dan petikan trending

Siarkan beberapa petikan ringan yang sesuai dengan tema dan hidangan restoran anda. Contohnya, jika bisnes F&B anda restoran Jepun, siarkan petikan atau kata-kata bahasa Jepun.
Pelanggan juga suka dihiburkan!
Ikuti trend terkini dengan meletakkan elemen anda sendiri pada meme yang semakin trending!
Jangan lepaskan peluang!
Menghasilkan idea isi kandungan yang unik agak mencabar.
TETAPI sebagai pemilik perniagaan F&B, anda berada di posisi yang baik kerana terdapat banyak isi kandungan yang anda boleh usahakan!
Gunakan media sosial untuk kelebihan anda dengan menghasilkan idea kandungan yang unik dan menarik!
Ingat – pelanggan anda ada di media sosial, jadi anda juga sepatutnya berada di situ!
Recent Comments