WhatsApp our business consultants: +601117227604
Home » Features » Panduan Lengkap Perkakasan Sistem Point-Of-Sale (POS)

Panduan Lengkap Perkakasan Sistem Point-Of-Sale (POS)

Dua pemilik perniagaan Malaysia sedang menggunakan Sistem POS StoreHub

Jadi, anda dah pilih sistem point-of-sale (POS) yang sesuai untuk perniagaan runcit atau F&B anda—apa langkah seterusnya?

Untuk memastikan operasi harian berjalan lancar, anda perlukan perkakasan POS yang betul. Sama ada anda menguruskan kafe yang sibuk atau butik pakaian, memiliki peralatan yang tepat akan memberi impak besar terhadap kecekapan dan pengalaman pelanggan.

Berikut ialah komponen perkakasan POS yang penting:

  • CPU atau Komputer/iPad/Tablet
  • Laci Tunai (Cash Drawer)
  • Paparan Pelanggan (Customer Display)
  • Pengimbas Kod Bar (Barcode Scanner)
  • Pencetak Resit (Receipt Printer)

Dalam panduan ini, kami akan huraikan setiap jenis perkakasan POS yang anda perlukan untuk menjalankan perniagaan runcit atau restoran kecil anda dengan lebih berkesan. Jom kita mula!

Mesin POS/Daftar Tunai

Gambar dua Sistem POS StoreHub

Ini adalah komponen utama dalam sistem POS (Point-Of-Sale) anda.

Ia berfungsi seperti komputer yang menjalankan perisian POS anda.

Juga dikenali sebagai daftar tunai atau mesin POS, perkakasan ini digunakan untuk merekod transaksi jualan dan mencetak resit. Mesin POS yang lebih moden, seperti StoreHub, turut dilengkapi dengan fungsi tambahan seperti pengurusan inventori, kakitangan, dan pelanggan – semuanya dalam satu sistem.

TIP: Elakkan guna mesin POS anda untuk perkara lain seperti melayari Internet. Ini boleh mendedahkan anda kepada virus komputer dan mengganggu keseluruhan sistem.

Gunakan mesin POS anda hanya untuk:

  • Memproses transaksi jualan
  • Semak laporan jualan
  • Urus stok, pekerja dan data pelanggan

Laci Tunai (Cash Drawer)

Gambar laci tunai StoreHub

Apa itu laci tunai?

Laci tunai ialah ‘peti harta karun’ anda – tempat simpanan wang tunai, syiling, cek, dan juga resit jika perlu.
Ia membantu menyusun dan melindungi semua nilai berharga anda.

Bagaimana laci tunai berfungsi?

Mudah sahaja.

Selepas selesai transaksi jualan, pencetak resit akan menghantar isyarat ke laci tunai untuk membukanya. Anda boleh simpan wang dan memberi baki kepada pelanggan dengan mudah.

Penting untuk memastikan laci tunai dikunci selepas tamat syif. Hanya beri kunci laci tunai kepada pengurus kedai supaya akses ke laci tunai dihadkan. Ini boleh mengurangkan risiko kecurian dalaman.

Pencetak Resit

Gambar Pencetak Resit StoreHub

Pencetak resit ialah komponen penting dalam sistem tempat jualan (POS) anda.

Ia digunakan dalam perniagaan runcit, F&B, atau perkhidmatan untuk mencetak resit dan slip kad kredit. Ini membantu anda dan pelanggan anda menjejak setiap transaksi yang dilakukan.

Bagi sesetengah perniagaan F&B, pencetak dapur juga digunakan di dapur atau bar untuk mencetak tiket pesanan.

Beberapa jenis pencetak resit asas yang anda perlu tahu:

  • Pencetak Terma – pantas, senyap dan paling biasa digunakan
  • Pencetak Resit LAN – stabil, disambung ke penghala internet melalui kabel ethernet
  • Pencetak Resit Bluetooth – sambungan tanpa wayar melalui Bluetooth ke terminal POS, sesuai untuk mencetak resit semasa bergerak

Pengimbas

Gambar Pengimbas Kod Bar StoreHub

Pengimbas kod bar POS atau pembaca kod bar digunakan untuk membaca kod bar bercetak pada produk dan menghantar data tersebut ke terminal POS anda.

Kod bar biasanya mengandungi maklumat produk, nombor SKU, dan sebagainya.

Menggunakan pengimbas kod bar dapat mempercepatkan proses pembayaran dan memastikan anda menjejak inventori dengan lebih tepat. Ia sangat sesuai untuk perniagaan seperti kedai runcit dan pasar raya.

Terdapat dua jenis pengimbas kod bar:

  • Pengimbas kod bar 1D (satu dimensi) – hanya boleh membaca kod bar linear dan mendatar (seperti kod UPC tradisional)
  • Pengimbas kod bar 2D (dua dimensi) – boleh mengimbas dan membaca kod QR serta kod bar dengan titik, corak, dan bentuk seperti segi empat atau segi empat tepat

Sistem POS Serba Lengkap

Kalau anda tak suka beli semua komponen POS secara berasingan, kenapa tidak pertimbangkan sistem POS serba lengkap atau POS bundle?

Sistem POS serba lengkap biasanya merangkumi kebanyakan (jika tidak semua) komponen berikut:

  • Tablet/iPad POS terbina dalam
  • Tapak iPad/tablet
  • Laci tunai
  • Pencetak resit
  • Paparan untuk pelanggan

Senang dan mudah, kan?

Tapi… kat mana nak cari sistem POS serba lengkap yang terbaik ni?

Jangan risau!

StoreHub ialah salah satu penyedia POS di Malaysia yang menawarkan ekosistem lengkap dengan 30+ ciri untuk membantu anda membina, mengurus, dan mengembangkan perniagaan anda.

Tonton video ringkas ini untuk tahu lebih lanjut atau tempah demo PERCUMA anda dengan klik butang di bawah.

Recent Comments

    Share this Post

    Read these next

    Hey there! Please enter your store name.

    .storehubhq.com