Nak buka restoran atau kafe sendiri? Mesti seronok, kan? Tapi realitinya, ramai yang cuba dan gagal kerana tak bersedia dengan betul.
Menurut SME Bank, 50% perniagaan F&B di Malaysia tutup dalam tempoh 5 tahun pertama. Tapi jangan risau! Anda boleh elakkan perkara ini dengan perancangan yang bijak dan langkah yang betul.
Jadi, kalau anda betul-betul serius nak mulakan bisnes F&B, ikut panduan ini langkah demi langkah!
Langkah 1: Cari Idea dan Uji Pasaran

Setiap perniagaan F&B yang berjaya bermula dengan satu idea yang kuat. Sebelum terus terjun ke dunia bisnes, fikirkan apa yang akan membuat perniagaan anda menonjol.
Lihat trend semasa, kenal pasti kekurangan dalam pasaran, dan fikirkan konsep yang boleh menarik pelanggan. Gunakan kaedah ini untuk membantu:
- Tentukan menu – Kopi? Brunch? Pasta? Cocktails?
- Analisis dan Kajian Pasaran – Tengok trend, cari jurang dalam pasaran.
- Rasa dan Uji – Masak, test, dan dapatkan maklum balas!
💡 Tip: Jangan hanya ikut trend semata-mata. Pastikan idea anda boleh bertahan lama dan bukan sekadar fenomena sementara.
Langkah 2: Rangka Pelan Bisnes F&B

Tanpa pelan yang jelas, anda boleh tersesat di pertengahan jalan. Pelan perniagaan bukan hanya untuk anda, tetapi juga penting jika anda ingin menarik pelabur atau mendapatkan pinjaman.
Pelan bisnes yang baik perlu merangkumi:
- Konsep dan Menu – Kafe? Restoran? Food truck?
- Struktur Perniagaan – Enterprise? Sdn. Bhd.? Franchise?
- Pelanggan Sasaran – Siapa yang akan datang makan?
- Lokasi – Sewa, trafik pelanggan, persaingan.
- Strategi Pemasaran – Nama, logo dan branding.
- Anggaran Kewangan – Kos makanan, sewa, gaji pekerja.
- Operasi – Pengurusan staf dapur dan servis.
💡 Penting! Kebanyakan bisnes F&B gagal kerana tidak mencapai titik pulang modal (break-even). Pastikan anda merancang kewangan dengan teliti!
- Jangkaan Jualan – Purata belanja setiap pelanggan.
- Kos Gaji – Termasuk dalam COGS (Cost of Goods Sold).
- Kos Permulaan – Sewa, utiliti, peralatan, stok awal.
Langkah 3: Cari Modal

Nak buka restoran atau kafe boleh memakan kos yang besar, ada yang mencecah RM500,000 atau lebih! Antara kos utama yang perlu difikirkan termasuk:
- Lesen dan Permit
- Sewa
- Peralatan dapur
- Pemasaran
- Gaji staf
- Teknologi (WiFi, software POS)
Kalau modal terhad, jangan risau. Anda boleh mendapatkan dana melalui:
- Pinjaman SME (bank atau kerajaan)
- Pelabur atau rakan kongsi
- Pinjaman family/kawan
- Start kecil dan expand nanti
Kalau tak cukup modal untuk restoran penuh, boleh mula dengan food truck atau pop-up stall dulu untuk mengurangkan risiko awal.
Langkah 4: Uruskan Lesen dan Permit

Jangan abaikan bahagian ini! Lesen yang lengkap memastikan perniagaan anda sah di sisi undang-undang dan mengelakkan daripada dikenakan denda atau ditutup. Antara lesen perniagaan yang anda perlukan termasuk:
- Pendaftaran SSM
- Lesen premis dan papan tanda
- Pendaftaran cukai syarikat dan pekerja
- KWSP dan PERKESO
Lesen khas F&B:
- Permit pengendalian makanan
- Lesen jual arak (jika ada)
- Sijil Halal
- Permit Kesihatan dan Keselamatan
💡 Tip: Peraturan mungkin berbeza mengikut negeri, jadi pastikan anda semak dengan Majlis Perbandaran tempatan sebelum memulakan operasi.
Langkah 5: Cari Pembekal Barang Mentah

Kualiti makanan bergantung kepada bahan mentah yang digunakan. Pastikan anda mendapatkan pembekal yang boleh dipercayai dan menawarkan harga yang berpatutan. Tips memilih pembekal:
- Harga berpatutan
- Kualiti bahan terjamin
- Servis dan penghantaran yang boleh dipercayai
Hubungan baik dengan pembekal sangat penting untuk mengelakkan masalah stok habis secara tiba-tiba.
Langkah 6: Beli atau Sewa Peralatan F&B

Peralatan dapur adalah salah satu perbelanjaan terbesar dalam industri F&B. Anda boleh membeli peralatan baharu atau menyewa untuk menjimatkan kos.
- Peralatan dapur (ketuhar, penggoreng, peti sejuk)
- Peti sejuk dan freezer
- Mesin kopi (jika buka kafe)
- Pinggan mangkuk, sudu garpu
- Meja, kerusi dan dekorasi
Sumber peralatan online:
- F&B Equipment – Pembekal peralatan dapur komersial.
- Kitchen Arena – Jual peralatan dapur dan restoran.
💡 Tip: Bandingkan harga dari pelbagai pembekal sebelum membuat keputusan.
Langkah 7: Pilih Sistem POS (Point of Sale)

Sistem POS yang baik boleh memudahkan pengurusan restoran anda. Ia bukan sekadar untuk menerima bayaran, tetapi juga untuk:
- Ambil pesanan dan hantar ke dapur.
- Track tempahan dan pembayaran.
- Urus stok dan laporan jualan.
Nak POS yang senang guna dan boleh bantu bisnes berkembang? StoreHub ada semua yang anda perlukan:
- QR Order & Pay
- Pengurusan stok
- Pengurusan staf
- Program kesetiaan
- Sistem penghantaran makanan / food delivery
Langkah 8: Reka Menu Yang Mantap

Menu yang baik bukan sekadar senarai makanan, tetapi alat pemasaran yang boleh menarik pelanggan. Tips reka menu:
- Pilihan yang tidak terlalu banyak supaya pelanggan tak keliru.
- Gunakan nama makanan yang mudah difahami.
- Tambahkan gambar makanan berkualiti tinggi.
- Letakkan ikon untuk menu kegemaran pelanggan.
- Pastikan harga yang berpatutan dan sesuai dengan pasaran.
💡 Tip: Pastikan harga makanan sesuai dengan kos bahan mentah dan margin keuntungan anda.
Langkah 9: Strategi Pemasaran F&B

Restoran yang sedap tapi tak ada pelanggan? Rugi! Sebab itu pemasaran sangat penting. Cara promosi yang berkesan:
- Media sosial – Instagram, Facebook & TikTok wajib ada.
- Google My Business – Senaraikan bisnes anda supaya pelanggan mudah jumpa.
- Blogger & influencer – Jemput mereka datang cuba menu anda.
- Promosi soft launch – Bagi promo harga murah atau percuma untuk tarik pelanggan pertama.
- Loyalty program – Beri ganjaran kepada pelanggan setia.
Langkah 10: Jaga Kualiti dan Servis

Bayangkan anda datang ke restoran dua kali – pertama kali makanan sedap, kali kedua pula hambar. Confirm anda tak datang balik, kan? Sebab tu konsistensi dalam makanan & servis sangat penting.
Tips untuk jaga kualiti:
- Cetak & tampal SOP penyediaan makanan di dapur.
- Buat spot check makanan & servis secara rawak.
- Adakan sesi latihan berkala untuk pekerja.
- Dengar maklum balas pelanggan dan terus perbaiki.
Servis pelanggan juga sama penting. Staf perlu dilatih untuk melayan pelanggan dengan mesra supaya mereka ingin datang kembali.
Kesimpulan
Memulakan bisnes F&B bukan mudah, tapi dengan persediaan yang betul, anda boleh berjaya!
Ambil masa untuk merancang, cari idea unik, dan laksanakan strategi pemasaran yang mantap. Dan jangan lupa, sistem POS seperti StoreHub boleh bantu uruskan operasi harian dengan lebih mudah.
Mahu restoran atau kafe anda jadi kegemaran pelanggan? Mulakan langkah pertama sekarang!
Recent Comments