Kalau ditanya dekat mana restoran kambing bakar paling sedap di Lembah Klang, gerenti akan dapat jawapan yang sama – iaitu House of Kambing yang terletak di dalam MAEPS Serdang!
Meskipun baru mula menapak dalam bisnes F&B Malaysia pada tahun 2017, nama House of Kambing sudah pun popular, terutamanya di kalangan penggemar daging kambing.
Maklumlah, keunikan kedai makan ini bukan sahaja pada menyediakan pelbagai menu kambing, tetapi juga pada pengalaman yang pengunjung dapat rasai apabila menjamu selera di sana. Setiap pengunjung yang datang disambut dengan kehijauan ladang MAEPS yang luas dan dipenuhi dengan kambing-kambing yang jinak.
Sebab itulah, walaupun lokasi agak tersembunyi dan jauh dari bandar, House of Kambing tetap penuh dengan pelanggan pelbagai peringkat umur.
Restoran agro viral di media sosial

Siapa sangka restoran berkonsepkan agro pelancongan ini mendapat sambutan yang lebih menggemparkan selepas tular di media sosial. Setiap hari, sebelum lunch hour bermula, halaman kedai makan ini sudah pun penuh dengan deretan kereta pelanggan sehingga melimpahi kawasan MAEPS.
Ada yang datang dari pejabat berdekatan dan ada juga yang datang dari jauh. Sejauh Terengganu, Johor dan Singapura!
Pada hari minggu, bilangan pengunjung kedai makan viral ini boleh mencecah hingga lebih 1,000 orang!
Permulaan bisnes yang kucar-kacir
Apabila nama House of Kambing semakin dikenali dan bilangan pengunjung semakin ramai, kecekapan staf mengambil pesanan makanan dengan sistem kertas dan pen sudah tidak memadai untuk menguruskan semua pelanggan yang datang.
“Sebelum kita jumpa POS, kita pakai kertas. Sampai 3 helai untuk tulis satu order je. Bawa masuk dapur ambil masa 2 minit, hanya letak bil je. Padahal dah boleh start masak dah patutnya.”
Adila, Pengurus Pelanggan di House of Kambing.
Operasi restoran menjadi lebih kucar-kacir apabila beberapa pelanggan minta untuk tukar meja atau tukar pesanan terutamanya waktu peak hours.
Untuk tahu dengan lebih mendalam, tonton video dibawah:
Data pelanggan hilang tanpa jejak
Bukan setakat operasi harian sahaja yang caca-merba, tetapi sistem penyimpanan data pelanggan pun sama.
“Masa kita pakai kertas, banyak yang hilang, koyak, remuk, berterabur entah ke mana!”
Adila, Pengurus Pelanggan di House of Kambing.
Selaku Pengurus Pelanggan di House of Kambing, susah buat Adila untuk mengkaji semula data penting pelanggan pada awalnya. Dia terpaksa semak satu-satu kertas pesanan dan masukkan data secara manual untuk membuat laporan dan penilaian. Tugas ini memakan masa yang sangat lama tapi Adila tahu betapa pentingnya mengkaji data-data ini semua untuk memperbaiki dan mengembangkan bisnes F&B mereka.
Tetapi walaupun Adila sudah berkorban banyak masa mengumpul data, laporan sales tetap tidak tepat dan lengkap kerana banyak data yang hilang dek penyimpanan dan kondisi kertas pesanan. Jadi, disitulah House of Kambing tahu sudah tiba masanya untuk mereka upgrade sistem mereka.
“Dunia F&B ni, kita pasti akan terima kegagalan. Tapi kita jangan patah hati atau putus asa, instead kita kena ada plan.”
Adila, Pengurus Pelanggan di House of Kambing.
Tiada lagi kertas berterabur

Bermulalah pencarian sistem POS yang dapat automasikan operasi kedai makan viral mereka.
Kriteria sistem POS idaman mereka adalah sistem yang boleh melancarkan proses pengambilan order dan pada masa yang sama, tak akan hilangkan data-data pelanggan yang penting.
“Kita cari banyak POS sistem tapi semua tak sesuai dengan kita… sampailah kita jumpa StoreHub!”
Adila, Pengurus Pelanggan di House of Kambing.
Dengan POS StoreHub, House of Kambing akhirnya dapat analisi data dengan satu klik sahaja! Tak perlu korbankan masa berhari-hari lagi.
“Kenapa kita pilih POS StoreHub? Sebab dia all-in-one! Semua benda ada. Bila kita cuba StoreHub, kita tak nak yang lain dah.”
Adila, Pengurus Pelanggan di House of Kambing.
Servis sepantas kilat, pelanggan puas hati
Kini, House of Kambing dapat mempercepatkan tempoh dari pelanggan memesan makanan ke hidangan makanan. Jadi, walaupun restoran penuh, dan kadang perlu beratur, pelanggan tak akan tunggu lama.
Operasi yang efisyen ini mendapat banyak pujian dari pelanggan. Google Reviews untuk House of Kambing pun penuh dengan 5-star-rating meluahkan rasa kagum mereka dengan servis pantas restoran tersembunyi ini.
Tak hairan lah, House of Kambing mempunyai ramai pelanggan setia yang tetap dari dalam dan luar negara!
“Dekat House of Kambing ni, kita memang terapkan dekat team members kita yang kita sebenarnya bukan jual kambing, tapi jual hati. Sebab tu, kita akan layan setiap pelanggan macam kita layan orang yang kita sayang.”
Adila, Pengurus Pelanggan di House of Kambing.
Untuk tahu dengan lebih mendalam, tonton kisah House of Kambing di sini:
Sinergi staf semakin padu
Bagi staf House of Kambing, adaptasi sistem baru ini telah banyak mengubah corak cara mereka bekerja.
“Dengan adanya StoreHub, hidup saya dah mudah! Setakat customer nak order cepat, setakat customer nak tukar meja – semua tu dah tak ada masalah dah.”
Adila, Pengurus Pelanggan di House of Kambing.
Bila banyak masalah dapat diselesaikan secara automatik, staf boleh fokus pada tugas-tugas yang lebih penting.
“Kalau lah House of Kambing masih menggunakan sistem kertas dan pen sampai sekarang, saya tak rasa House of Kambing akan jadi sebesar ini. Sebab kalau pakai kertas dan pen ni bukan setakat operasi je kelam kabut, tapi team member akan terkesan juga.”
Adila, Pengurus Pelanggan di House of Kambing.
Mantapkan bisnes dengan POS StoreHub

“Kalau House of Kambing ni tanpa POS, hancur! Jahanam habis hidup kita!”
Adila, Pengurus Pelanggan di House of Kambing.
Dilengkapi dengan lebih 30 ciri tambahan, sistem POS StoreHub bukan sahaja dapat bantu uruskan operasi bisnes harian House of Kambing dengan lebih lancar, malah ia juga bantu untuk kembangkan bisnes mereka dengan lebih meluas.
Walaupun keunikan hidangan makanan amat penting untuk pastikan sebuah bisnes F&B itu berjaya, kelengkapan yang sesuai serta efisyen seperti sistem POS StoreHub dapat bantu bisnes anda untuk melangkah dengan lebih maju.
Kembangkan bisnes anda seperti House of Kambing hari ini. Tonton video di bawah untuk maklumat lanjut.
Recent Comments