Pengurusan stok adalah antara perkara paling penting yang menentukan kejayaan bisnes anda. Tak kira bisnes besar atau kecil, setiap barang yang digunakan – dari bahan mentah sampai produk siap – semuanya perlu diurus dengan baik. Kalau stok tak teratur, macam-macam masalah boleh timbul:
- Ada barang yang pelanggan nak, tapi tak cukup stok?
- Tak perasan stok dah nak habis, tiba-tiba out of stock?
- Pernah rugi sebab ada terlalu banyak stok sampai tak terjual?
- Duit banyak terikat dalam stok yang tak bergerak?
Sebab itulah pengurusan stok yang baik sangat penting.
Jadi, macam mana nak urus stok dengan lebih bijak?
Jangan risau, kita akan sembang tentang kenapa pengurusan stok ni penting, benda utama yang perlu anda perhatikan, dan beberapa tip mudah untuk pastikan stok anda sentiasa dalam keadaan terkawal.
Apa Itu Pengurusan Stok?

Pengurusan stok (atau kawalan inventori) adalah tentang mengurus pesanan, penyimpanan, penjejakan, dan pemantauan stok supaya bisnes tak terlebih atau terkurang stok.
Tujuan utama adalah sentiasa ada stok cukup untuk jualan tanpa berlebihan. Bila stok diurus dengan betul, anda akan tahu bila perlu restock dan dapat elakkan pembaziran.
Kenapa Pengurusan Stok Ni Penting Sangat?
1. Melancarkan Aliran Tunai (Cash Flow)
Stok adalah aset yang anda dah bayar, tapi kalau tak terjual, duit tu hanya ‘terperangkap’ dalam bentuk barang. Bila stok diurus dengan baik, anda boleh kurangkan duit yang tersekat dalam stok yang tak bergerak dan gunakan modal untuk perkara lain dalam bisnes.
Sebab tu penting untuk tahu:
- Berapa banyak stok yang ada sekarang?
- Bila stok akan habis kalau ikut trend jualan?
- Bila masa terbaik untuk tambah stok?
Kalau semua ni dapat dikawal dengan baik, duit anda tak ‘beku’ dalam stok yang tak jalan!
2. Jimat Kos
Kalau stok tak diurus dengan betul, anda boleh kehilangan duit dengan cara yang anda tak perasan. Antaranya:
- Stok habis bila pelanggan nak beli: pelanggan cari di tempat lain, anda rugi jualan.
- Terlalu banyak stok yang tak bergerak: barang duduk dalam stor terlalu lama, ambil ruang, dan bebankan aliran tunai.
- Produk rosak atau tamat tempoh: kalau jual makanan, minuman, atau kosmetik, stok yang tak terjual boleh jadi expired dan anda terpaksa buang.
- Stok ‘mati’: barang yang dah tak relevan, dah out of trend atau bermusim. Contoh, jual baju raya lepas bulan Syawal.
Ringkasnya, stok yang tak diurus dengan baik boleh makan keuntungan bisnes anda secara senyap-senyap.
Cara Mengkategorikan Stok Anda

Terdapat 4 jenis stok utama yang biasa digunakan dalam perniagaan:
- Bahan Mentah: komponen yang sedia untuk digunakan dalam proses pengeluaran.
- Kerja Dalam Proses(Work in Progress): produk yang masih dalam fasa pembuatan dan belum siap sepenuhnya.
- Barang Siap: produk akhir yang sedia untuk dijual kepada pelanggan.
- Barang Guna Habis: item yang digunakan setiap hari untuk operasi perniagaan, seperti bahan bakar, alat tulis, dan sebagainya.
Penting untuk membahagikan stok kepada kategori supaya lebih mudah diurus dan dikenalpasti mana yang perlu ditambah.
Selain itu, anda juga boleh susun kategori stok mengikut nilai keutamaan, supaya bila aliran tunai terhad, anda boleh mendahulukan stok yang paling penting dahulu.
Macam Mana Nak Urus Stok Dengan Lebih Teratur?

Berikut beberapa cara paling mudah untuk anda kawal stok tanpa pening kepala:
1. Tetapkan ‘Minimum Stock Level’
Setiap produk perlu ada tahap minimum stok. Maksudnya, kalau stok dah turun bawah tahap ni, anda kena order baru segera.
Tahap ni bergantung pada jenis produk dan permintaan pelanggan, jadi pastikan anda sentiasa review supaya sesuai dengan situasi semasa.
2. Guna Konsep ‘First In, First Out’ (FIFO)
Barang yang masuk dulu, kena keluar dulu.
Ini penting, terutamanya kalau anda jual barang yang boleh rosak atau tamat tempoh. Jangan biarkan stok lama tersimpan sampai tak boleh dijual.
Susun stok elok-elok – barang lama di depan, barang baru di belakang supaya stok yang lebih lama terjual dulu.
3. Jaga Hubungan Baik Dengan Pembekal
Bisnes kadang-kadang tak menentu – ada masa tiba-tiba permintaan naik, ada masa stok lambat sampai.
Kalau anda ada hubungan baik dengan pembekal, lebih senang nak:
- Dapat stok dengan cepat bila perlu.
- Berunding harga yang lebih baik.
- Kurangkan masalah stok putus secara tiba-tiba.
Sentiasa berkomunikasi dengan pembekal supaya mereka boleh adjust supply ikut keperluan anda.
4. Sediakan ‘Pelan B’ (Contingency Plan)
Masalah boleh timbul pada bila-bila masa. Contohnya:
- Stok habis secara tiba-tiba sebab permintaan naik mendadak.
- Stok tak cukup sebab silap kira.
- Duit tak cukup nak order stok baru.
- Pembekal habis stok dan anda ada banyak order untuk dipenuhi.
Bila ada pelan siap sedia, anda boleh kurangkan risiko dan elakkan panik bila perkara ni berlaku.
5. Ramalkan Permintaan Dengan Lebih Tepat
Nak urus stok dengan baik, anda kena tahu lebih awal berapa banyak produk yang perlu ada dalam stok setiap masa.
Antara perkara yang boleh membantu anda buat ramalan lebih tepat:
- Trend pasaran
- Jualan tahun lepas
- Faktor musim dan perayaan
- Keadaan ekonomi semasa
- Promosi atau kempen pemasaran yang akan datang
Jangan main teka, gunakan data supaya stok sentiasa cukup – tak lebih, tak kurang.
Tapi bukan setakat itu sahaja. Sistem pengurusan stok yang fleksibel juga penting supaya anda boleh ubah suai stok dengan cepat ikut permintaan pelanggan.
Dengan sistem POS all-in-one seperti StoreHub, anda boleh tambah atau buang produk dalam katalog kedai atau menu restoran secara serta-merta.
Contohnya, restoran Undisclosed Location berjaya menguruskan menu mereka dengan lebih cekap – menambah dan membuang hidangan berdasarkan jualan dan populariti. Dengan sistem yang betul, mereka dapat menyesuaikan menu dengan trend pasaran dan permintaan pelanggan tanpa sebarang kelewatan.
Nak tengok sendiri bagaimana restoran ini menyesuaikan diri dan mengambil peluang daripada trend pasaran? Tonton video 30 saat ini!
6. Pastikan Kualiti Stok Sentiasa Tip-top
Jangan hanya kira kuantiti, kualiti stok pun penting. Pastikan produk yang ada dalam stor masih dalam keadaan baik, tak rosak, dan dilabel dengan betul supaya mudah dikesan.
7. Gunakan Sistem Pengurusan Stok Cloud-Based
Kalau nak urus stok dengan lebih mudah dan cekap, sistem pengurusan stok digital adalah pilihan terbaik. Dengan begitu banyak perisian yang ada di pasaran sekarang, cari yang boleh memberikan data jualan dan stok secara real-time supaya anda boleh akses maklumat terkini di mana-mana, bila-bila masa.
Sistem seperti StoreHub bukan sahaja memudahkan pengurusan stok, tapi juga tersambung terus dengan sistem POS anda. Setiap kali jualan dibuat, stok akan dikemas kini secara automatik dalam sistem – tak perlu kira stok secara manual atau risau tentang tersilap kira.
Selain itu, anda akan menerima laporan stok harian dan notifikasi automatik bila stok semakin berkurangan. Malah, anda boleh menetapkan tahap minimum stok, dan StoreHub akan secara automatik menghantar permintaan kepada pembekal untuk restock.
Dengan StoreHub, anda boleh:
- Kurangkan kos dan tingkatkan aliran tunai (cash flow)
- Jejak stok dalam masa nyata tanpa manual checking
- Akses dan analisis data stok dari mana-mana peranti
- Buat ramalan permintaan lebih tepat untuk perancangan stok yang lebih baik
- Elak kehabisan stok tanpa disedari
- Hindari lebihan stok yang membebankan stor dan aliran tunai
- Sambung terus ke sistem POS untuk kemaskini automatik
- Gunakan barcode scanning & SKU khas untuk setiap item supaya mudah dikesan
- Urus dan pindahkan stok antara cawangan dengan lebih mudah
Sistem pengurusan stok all-in-one seperti StoreHub bukan sahaja membantu anda mengurangkan beban kerja, tapi juga meningkatkan jualan dan memastikan operasi bisnes lebih lancar.
Nak tahu bagaimana rasanya mengurus bisnes tanpa sistem stok yang efisien? Tonton video 30 saat ini!
Kesimpulan

Pengurusan stok yang baik bukan sekadar dapat memastikan barang cukup, malah membantu bisnes menjimatkan kos, elakkan pembaziran, dan melancarkan aliran tunai.
Dengan sistem yang betul, anda boleh urus stok dengan lebih teratur, buat keputusan yang lebih tepat, dan yang paling penting, tak perlu stress setiap kali nak kira stok!
Kalau anda nak bisnes berjalan dengan lebih lancar, sistem pengurusan stok seperti StoreHub boleh bantu anda urus inventori dengan lebih mudah.
Recent Comments