Jual pakaian? Nampak je mudah tapi hakikatnya hanya owner butik macam anda je tahu betapa susahnya nak uruskan stok, butik, pekerja dan jualan dalam masa yang sama.
Awal-awal berbisnes, anda mungkin boleh urus operasi bisnes secara manual. Tapi bila order dah semakin banyak, anda pula dah ada butik sendiri, keadaan akan jadi kelam kabut kalau anda masih lagi guna cara manual.
Sebab itu sistem point-of-sale (POS) adalah satu keperluan kalau anda nak berikan servis pelanggan yang terbaik, kembangkan serta lancarkan bisnes butik anda untuk jangka masa yang lama.
Sistem POS yang bagus bukan sahaja dapat bantu urus order dan transaksi pelanggan, tetapi ia juga dapat uruskan stok sedia ada, kawal prestasi pekerja, kumpul data pelanggan dengan mudah, naikkan jumlah jualan dan sebagainya.
Untuk bantu anda pilih POS yang sesuai bagi bisnes butik anda, kami telah senaraikan 5 POS yang sering digunakan oleh kebanyakan pemilik butik di Malaysia. Teruskan membaca.
1. StoreHub

StoreHub merupakan antara POS provider yang menyediakan sistem POS, sesuai untuk pelbagai jenis bisnes termasuk retail.
Sistem POS StoreHub berasaskan cloud – menyenangkan pemilik butik seperti anda untuk urus transaksi jualan, dapatkan update stok terkini, kumpul maklumat pelanggan, akses laporan jualan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Dilengkapi dengan lebih 30+ ciri efektif, sistem POS StoreHub bukan sahaja dapat bantu uruskan operasi bisnes butik anda dengan lebih mudah, malah dapat berikan khidmat pelanggan yang terbaik serta raih jualan berlipat kali ganda dalam jangka masa pendek.
Harga StoreHub
Ciri-ciri dan harga | |
Produk utama | Sistem POS, QR Order & Pay, CRM, Program Loyalti |
Harga perkakas/hardware POS | Harga perkakas/hardware POS: – Bermula dari RM1,450* *Bayaran 1x untuk perkakas/hardware POS. + Pengurusan pekerja: percuma & unlimited + Pengurusan inventori Advanced: percuma + Integrasi: percuma |
Harga software | Harga software: – Bermula dari RM108/bulanan *Dilengkapi dengan lebih dari 30+ ciri terbaik seperti pengurusan stok dan jualan secara real-time, pengurusan pelbagai lokasi kedai dan banyak lagi. |
Integrasi perakaunan | – QuickBooks – Financio – Xero |
Ciri-ciri StoreHub di Malaysia
Jom lihat macam mana StoreHub mampu uruskan operasi dan kembangkan bisnes butik anda dengan lebih efisyen.
- Sistem POS: tingkatkan jualan dan mudahkan urusan operasi bisnes retail.
- Pengurusan inventori: senangkan anda untuk tahu stok terkini dan produk terlaris.
- Program Loyalti & Cashback: naikkan kekerapan pelanggan kembali ke butik anda dengan promo dan diskaun terkini.
- Pemasaran SMS automatik: tingkatkan jumlah keuntungan melalui pembelian berulang.
- Edagang: bina, urus dan kembangkan platform bisnes online.
- Pengurusan pekerja: kawal clock-in/out pekerja secara online dan sistematik.
- Pengurusan pelbagai lokasi kedai: mudahkan anda untuk urus beberapa cawangan kedai dalam satu sistem.
Pengurusan inventori dan pelbagai lokasi kedai
Pengurusan inventori StoreHub dapat berikan update jumlah stok lebihan secara terkini melalui akaun BackOffice StoreHub dan aplikasi StoreHub Manager.
Anda dah tak perlu risau tentang masalah tiba-tiba terkurang stok kerana laporan inventori yang menyeluruh senangkan anda untuk merancang dan menambah stok butik dengan mudah dan cepat.
Selain itu, anda juga dapat kawal kos dan jana lebih banyak keuntungan kerana real-time data StoreHub mampu elakkan bisnes butik ada dari masalah overstocking.
Ciri pengurusan inventori ini turut diselaraskan dengan ciri pengurusan pelbagai lokasi kedai ke dalam satu sistem POS StoreHub – mudahkan anda untuk lihat dan analisis stok terkini setiap platform jualan dan cawangan butik berlainan lokasi anda melalui satu sistem sahaja.
Yang paling best, anda tak perlu bayar extra untuk guna dan nikmati ciri-ciri ini kerana ia sudah termasuk dalam setiap pembelian perkakas/hardware POS and software.
2. Big POS

Seterusnya, Big POS. Sama seperti POS provider yang lain, sistem Big POS dicipta untuk bantu para peniaga uruskan bisnes mereka dengan cara terkini – menggunakan teknologi.
Antara ciri yang disediakan oleh Big POS termasuk pengurusan inventori, laporan dan analitik serta pengurusan pekerja.
Harga Big POS
Ciri-ciri dan harga | |
Produk utama | Sistem POS, Pengurusan Inventori, Laporan dan Analitik, Pengurusan Pekerja. |
Harga perkakas/hardware POS | Harga perkakas/hardware POS: – Bermula dari RM899 untuk POS sahaja *Tidak termasuk dengan ciri-ciri/software POS. |
Harga software | Harga bermula dari RM99/bulanan (versi Lite) *Terhad kepada beberapa ciri seperti Aplikasi Big Analitik, Aplikasi Big Inventori, 50 Ciptaan Produk & Pengurusan Satu Kedai. |
Integrasi perakaunan | – Xero |
Program Loyalti: B Rewards
Big POS menawarkan program loyalti yang dikenali sebagai B Rewards yang membolehkan para peniaga untuk tarik kembali pelanggan membeli di butik mereka. Pelanggan dapat kumpul dan tebus nilai ganjaran untuk pembelian seterusnya.
Namun, program loyalti B Rewards ini hanya terhad kepada 1 nilai ganjaran sahaja dan hanya dapat digunakan oleh peniaga yang melanggan software (versi PRO) sahaja – harga berbeza dengan versi Lite.
Berlainan dengan StoreHub, bisnes owner seperti anda mempunyai 2 pilihan, Cashback dan store credit untuk ditawarkan kepada pelanggan. Selain dapat memilih jenis program loyalti yang sesuai dengan bisnes butik anda, anda juga tak perlu bayar lebih kerana ia sudah termasuk dengan pakej pembelian setiap perkakas/hardware POS dan software StoreHub.
Anda juga akan dapat akses kepada maklumat pelanggan secara menyeluruh apabila mengaktifkan program loyalti ini. Ini bolehkan anda untuk dapat extra 50% keuntungan melalui pembelian berulang dengan menghantar SMS peringatan melalui StoreHub Engage.
Semuanya terpulang kepada matlamat bisnes butik anda. Kalau anda hanya nak fokuskan kepada pengurusan operasi bisnes, anda boleh mencuba Big POS. Tetapi, kalau anda nak lebih keuntungan dan bisnes operasi yang lancar pada masa yang sama, StoreHub tidak kurang hebatnya.
3. Loyverse

Loyverse – salah satu POS provider di Malaysia yang menyediakan ciri-ciri sistem POS melalui integrasi ke telefon pintar dan tablet anda.
Antara ciri yang ditawarkan oleh Loyverse adalah pengurusan jualan, inventori dan pelbagai kedai. Sama seperti StoreHub, ia sesuai untuk pelbagai bisnes termasuk retail.
Harga Loyverse
Ciri-ciri dan harga | |
Produk utama | POS |
Harga perkakas/hardware POS | Tiada perkakas/hardware POS di jual. *Tetapi, Loyverse bekerjasama dengan beberapa pengedar untuk tawarkan perkakas tambahan seperti alat pengimbas dan mesin pencetak. |
Harga software | Percuma tetapi caj tambahan dikenakan untuk setiap ciri tambahan. + Pengurusan pekerja: RM22.20/setiap bulan/setiap pekerja + Advanced inventori: RM110.85/setiap butik + Integrasi: RM39.70/per butik |
Integrasi perakaunan | – QuickBooks – Xero |
Pengurusan pelbagai lokasi kedai
Loyverse juga mempunyai ciri pengurusan pelbagai lokasi kedai buat owner butik yang ada beberapa cawangan di berlainan lokasi – bantu mereka urus inventori dan rangka logistik butik mereka melalui satu sistem.
Namun, untuk nikmati ciri Advanced inventori ini, peniaga perlu bayar caj tambahan sebanyak RM110.85/bulanan bagi setiap butik yang berdaftar. Berbeza dengan StoreHub, anda boleh nikmati ciri pengurusan pelbagai lokasi kedai secara percuma dan unlimited dengan setiap pembelian POS dan software.
Jadi, yang mana anda rasa lebih menguntungkan bisnes anda?
4. Hubbo

Hubbo yang dahulunya dikenali sebagai Aliments juga sering kelihatan di kebanyakan kedai termasuk butik di Malaysia.
Sistem POS Hubbo juga berasaskan cloud. Ia dilengkapi dengan beberapa ciri termasuk sistem POS dan program loyalti. Namun, ciri-ciri yang ditawarkan oleh Hubbo lebih sesuai untuk industri F&B berbanding dengan retail seperti butik.
Harga Hubbo
Ciri-ciri dan harga | |
Produk utama | Sistem POS system, QR, Penghantaran Makanan, Program Loyalti |
Harga perkakas/hardware POS | Harga perkakas/hardware POS + software: Bermula dari RM2,690/tahun* *Perkakas/hardware dan software perlu direnew setiap tahun untuk kegunaan secara berterusan. *Tiada pemilik perkakas/hardware. |
Harga software | Harga bermula dari RM990/tahun |
Integrasi perakaunan | – Biztory – SQL Accounting – Autocount – Quickbook – Xero – Financio Integration |
Program Loyalti
Hubbo juga tawarkan program loyalti berbentuk Cashback sebagai satu taktik pemasaran untuk menarik pelanggan kembali ke kedai pengguna sistem mereka.
Namun, kebanyakan bisnes retail di Malaysia dan negara-negara lain menggunakan store credit sebagai insentif mereka kepada pelanggan. Ini lebih menarik kerana nilai ganjaran adalah berbentuk points, sesuai untuk pelanggan retail.
StoreHub berikan 2 pilihan iaitu Cashback dan store credit, mudahkan bisnes owner seperti anda untuk pilih jenis program loyalti yang bersesuaian dengan keperluan dan kehendak bisnes anda.
Walaupun program loyalti Hubbo (Cashback) kelihatan menarik, ia lebih sesuai untuk bisnes F&B kerana memerlukan pelanggan perlu imbas kod QR di resit pembayaran untuk kumpul nilai Cashback.
5. POS Market

Anda juga mungkin dah tahu tentang POS Market. Mereka sediakan pelbagai jenis perkakas/hardware POS kepada pelbagai jenis industri bisnes di Malaysia termasuk retail, F&B, farmasi dan sebagainya.
Kebiasaannya, POS Market tawarkan pelbagai jenis pakej bundle, termasuk perkakas/hardware POS dan software, berbeza untuk pelbagai jenis bisnes.
Ciri-ciri dan harga | |
Produk utama | Sistem POS, Laporan dan Analitik, Pengurusan Inventori, Pengimbas QR |
Harga perkakas/hardware POS & software | Harga pakaj bundle perkakas/hardware POS + software – Bermula dari RM2399 *Bayaran 1x untuk pakej bundle. Percuma langganan cloud selama 6 bulan. Sekiranya peniaga ingin teruskan langganan, bayaran bulanan akan dikenakan selepas tamat tempoh 6 bulan. |
Integrasi perakaunan | – SQL |
Sistem perkakas/hardware POS
Kebanyakan sistem perkakas/hardware POS yang disediakan oleh POS Market agak besar dan berat selain dari reka bentuk yang kelihatan agak lama. POS seperti ini bukan jenis mudah alih – susah untuk bisnes owner bawa sistem POS ke mana-mana sahaja.
Selain itu, sekiranya bisnes owner yang inginkan skrin sentuh HD untuk POS mereka, caj tambahan akan dikenakan. Jika nak dibandingkan dengan StoreHub, kesemua sistem perkakas/hardware POS StoreHub telah didayakan dengan skrin sentuh – mudah serta jimat masa bisnes owner dan pekerja untuk key-in order dan uruskan operasi bisnes.
Di samping itu, Sistem POS StoreHub juga bolehkan bisnes owner butik seperti anda untuk kawal bisnes operasi dan jualan di mana-mana sahaja melalui aplikasi StoreHub Manager. Anda dapat akses data dan laporan stok, jualan, prestasi pekerja di mana jua anda berada.
Ringkasan: POS mana paling sesuai untuk bisnes butik anda?

Seperti bisnes owner yang lain, anda mesti nak duit yang ada labur untuk sistem POS butik anda berbaloi kan?
Sebelum anda buat keputusan untuk beli POS dari sebarang POS providers, anda perlu pastikan bahawa sistem POS ini bukan sahaja dapat bantu anda uruskan transaksi jualan, tapi dapat bantu uruskan operasi bisnes butik anda dengan lebih cekap di samping naikkan jualan. Barulah investment anda itu berbaloi!
Dengan sistem POS all-in-one StoreHub, lebih dari 15,000 ribu bisnes di seluruh Asia Tenggara telah mengautomasikan bisnes mereka untuk jalankan operasi bisnes dengan lebih mudah dan cekap. Ramai peniaga dapat perbaiki mutu khidmat pelanggan, tingkatkan jumlah keuntungan dalam waktu singkat serta kurang beban kerja dengan StoreHub.
Berminat untuk tahu bagaimana StoreHub dapat bantu bisnes butik anda dengan lebih lanjut? Klik link di bawah untuk demo PERCUMA!

Penerbitan ini hanya bertujuan untuk maklumat am sahaja dan tidak seharusnya merangkumi kesemua aspek topik yang dibincangkan. Ia juga tidak bertujuan untuk menjadi nasihat muktamad anda. Anda perlu mendapatkan nasihat profesional atau pakar sebelum mengambil sebarang tindakan atau menahan diri dari tindakan berdasarkan kandungan dalam penerbitan ini. Maklumat dalam penerbitan ini tidak membentuk nasihat undang-undang, cukai, atau profesional lain dari StoreHub atau rakan kongsi kami. Keputusan yang diambil sebelum ini tidak menjamin hasil yang sama. Kami tidak membuat pernyataan, jaminan atau pengesahan, sama ada secara tersurat atau tersirat, bahawa kandungan dalam penerbitan ini adalah tepat, lengkap atau terkini.
Recent Comments