Anda ada bisnes restoran di Malaysia? Mesti anda dah tahu nak handle restoran di Malaysia bukan senang, kan? Bukan sekadar sediakan makanan je tapi kena pastikan servis pelanggan tip-top, waktu menunggu tak lama, ambil order kena betul dan banyak lagi.
Tak cukup tangan nak handle semua benda dalam satu masa? Sebab itu bisnes restoran anda perlukan sistem point-of-sale (POS) untuk bantu urus operasi bisnes anda dengan cekap dan pantas. Bukan itu je, sistem POS yang bagus juga dapat bantu bisnes anda untuk berkembang dengan lebih maju.
Jom lihat perbandingan 3 sistem POS yang selalu diguna pakai di kebanyakkan restoran di Malaysia yang mungkin sesuai untuk digunakan untuk bisnes restoran anda.
1. StoreHub

StoreHub merupakan sistem POS all-in-one berasaskan cloud yang sesuai digunakan untuk pelbagai jenis bisnes terutamanya bisnes F&B seperti restoran, kafe dan food truck.
StoreHub dapat bantu para peniaga seperti anda untuk capai 3 benda utama dalam bisnes iaitu:
- tahu corak pembelian pelanggan dengan lebih terperinci
- kekal hubungan dengan pelanggan dengan sediakan pelbagai insentif untuk mereka
- jalan operasi bisnes dengan cepat dan mudah tanpa guna cara manual
Dilengkapi dengan lebih 30 ciri efektif, StoreHub telah bantu lebih dari 15,000 peniaga di seluruh Asia Tenggara kendalikan operasi bisnes mereka dengan mudah dan cekap di samping tingkatkan jumlah keuntungan restoran dalam masa yang singkat.
Harga StoreHub
Ciri-ciri dan harga | |
Produk utama | Sistem POS, QR Order & Pay, CRM, Program Loyalti |
Harga perkakas/hardware POS | Harga perkakas/hardware POS: – Bermula dari RM1,890* *Bayaran 1x untuk perkakas/hardware POS. + Pengurusan pekerja: percuma & unlimited + Pengurusan inventori Advanced: percuma + Integrasi: percuma |
Harga software | Harga software: – Bermula dari RM108/bulan *Dilengkapi dengan lebih dari 30+ ciri terbaik seperti pengurusan stok dan jualan secara real-time, pengurusan pelbagai lokasi kedai dan banyak lagi. |
Integrasi perakaunan | – QuickBooks – Financio – Xero |
Integrasi penghantaran makanan | Ya |
Ciri-ciri StoreHub di Malaysia
Jom lihat bagaimana ciri-ciri StoreHub dapat bantu uruskan operasi bisnes serta tingkatkan keuntungan restoran anda.
- Sistem POS: mudahkan anda untuk urus jualan dan operasi bisnes restoran dengan lancar, teratur dan sistematik.
- QR Order & Pay: kurangkan kesilapan order kerana order akan terus dihantar ke dapur.
- Pesanan online: tingkatkan lebih keuntungan dengan pesanan online sama ada melalui order delivery atau self-pick up.
- Pengurusan inventori: mudahkan anda untuk tahu stok terkini dan produk terlaris serta elakkan daripada masalah terlebih dan terkurang stok.
- Program Loyalti & Cashback: naikkan kekerapan pelanggan kembali ke restoran anda dengan promo dan diskaun terkini.
- Pemasaran SMS automatik: tingkatkan jumlah keuntungan melalui pembelian berulang.
- Webstore: beri peluang kepada anda untuk bina, urus dan kembangkan platform bisnes online restoran anda.
- Pengurusan pekerja: kawal clock-in/out pekerja secara online dan sistematik.
- Pengurusan pelbagai lokasi kedai: mudahkan anda untuk urus beberapa cawangan restoran melalui satu sistem.
Pesanan Online dan Beep Delivery
Melalui ciri pesanan online dan Beep Delivery, anda dapat kuasai saluran penghantaran makanan anda sendiri. Ia merupakan satu kaedah yang efektif untuk dapat lebih ramai pelanggan di luar radius kedai anda dan jana lebih keuntungan.
Beep merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh StoreHub untuk bantu para peniaga di Malaysia untuk survive ketika pandemik yang melanda negara pada Mac, 2020.
Dengan mempunyai sebanyak 2.7 juta pengguna aktif dan hampir 2,000 rangkaian restoran, pemilik restoran dapat tingkatkan jualan serta berhubung dengan pelanggan secara mudah melalui beepit.com.
Berbeza dengan platform penghantaran makanan yang lain, Beep berikan:
- yuran transaksi yang rendah – hanya 9%
- kawal radius penghantaran sehingga 20km – dengan kadar penghantaran 98% di Lembah Klang
- integrasi POS – pesanan online & di restoran akan terus masuk ke sistem POS dan Cashback akan diberikan secara automatik berdasarkan nilai yang telah ditetapkan oleh peniaga.
2. EasyEat

Sistem POS EasyEat juga sering digunakan oleh peniaga-peniaga restoran dan kafe di Malaysia kerana sistem operasi ini direka khusus buat peniaga F&B.
EasyEat bantu para peniaga untuk urus transaksi jualan serta operasi harian bisnes. Antara ciri utama yang ditawarkan oleh EasyEat adalah sistem POS berasaskan cloud-based, pengurusan inventori serta order dan transaksi pelanggan.
Harga EasyEat
Ciri-ciri dan harga | |
Produk utama | Sistem POS, QR Table Ordering, Program Loyalti, Pengurusan Inventori |
Harga perkakas/hardware POS | Harga perkakas/hardware POS: – Bermula dari RM1,700 untuk perkakas/hardware POS |
Harga software | Harga software: – Bermula dari RM4,500 *Bayaran 1x untuk 7 jenis software |
Integrasi perakaunan | – SQL – Ukirama |
Integrasi penghantaran makanan | Ya |
Kumpul Data Pelanggan Melalui Program Loyalti EasyEat
Untuk bantu bisnes restoran tingkatkan lagi keuntungan, EasyEat perkenalkan program loyalti berbentuk tawaran ganjaran yang boleh diberikan kepada pelanggan tetap.
Tak perlu tanya details pelanggan secara manual, program loyalti ini bantu para peniaga untuk kumpul data pelanggan dan buat mereka kembali ke restoran peniaga untuk tebus ganjaran yang diberikan.
Begitu juga dengan StoreHub, peniaga dapat kumpul maklumat pelanggan melalui Program Loyalti berbentuk Cashback dan store credits. Namun, apa yang berbeza, StoreHub berikan peniaga peluang untuk memilih beberapa cara untuk kumpul data pelanggan melalui:
- QR Order & Pay
- Kod QR Takeaway
- Penghantaran makanan secara online melalui aplikasi Beep
- ‘Add customers’ di sistem POS
- Kod QR pada resit pembayaran
Bagi pastikan pelanggan tebus Cashback dan store credits yang ditawarkan, peniaga restoran dapat hantar SMS peringatan kepada pelanggan melalui ciri StoreHub Engage. Pelbagai jenis kempen pemasaran ditawarkan dan peniaga tak perlu risau tentang proses dan kos kerana SMS peringatan ini akan dihantar secara automatik tanpa perlukan bajet yang besar.
EasyEat bolehkan peniaga restoran dan kafe untuk kumpul data pelanggan melalui kaedah QR Table Ordering. Namun, pilihan cara untuk dapatkan maklumat pelanggan hanya terhad kepada satu cara sahaja berbanding dengan StoreHub.
3. Zeoniq

Zeoniq juga adalah salah satu POS provider yang sering dijumpai di kebanyakan restoran dan kafe di Malaysia.
Sistem POS Zeoniq bantu peniaga-peniaga restoran untuk selaraskan proses dan operasi bisnes F&B mereka dengan lebih cekap. Antara ciri yang ditawarkan oleh Zeoniq termasuk sistem POS, sistem pesanan sendiri (SOS), QR order serta sistem pengurusan pelanggan.
Harga Zeoniq
Ciri-ciri dan harga | |
Produk utama | Sistem POS, Sistem Pesanan Sendiri (SOS), Sistem Pengurusan Retail (RMS) |
Harga perkakas/hardware POS | Harga perkakas/hardware POS: – Bermula dari RM2,980 + Pencetak resit terma: RM500/unit + Cash drawer: RM230/unit + Network switch: RM100 |
Harga software | Harga software: – Bermula dari RM1,800 + Percubaan dan latihan: RM800 + Cable pulling: RM500 + Modul Pesanan Sendiri Zeoniq: RM1,000 |
Integrasi perakaunan | – SQL Accounting – AutoCount – Payroll |
Integrasi penghantaran makanan | Ya |
Sistem Pesanan Sendiri (SOS)
Sama seperti POS providers yang lain, Zeoniq perkenalkan sistem pesanan sendiri yang juga dikenali sebagai SOS melalui QR Ordering.
Sistem pesanan sendiri (SOS) ini bukan sahaja senangkan pelanggan untuk order dan bayar melalui telefon tanpa perlu beratur panjang, malah peniaga restoran dan kafe juga dapat berikan servis yang pantas kerana order akan terus dihantar ke dapur.
Peniaga restoran dan kafe kini dapat jimat banyak masa kerana operasi bisnes mereka telah diintegrasikan ke dalam sistem POS mereka.
Namun, berlainan dengan sistem QR Order & Pay StoreHub, QR Ordering Zeoniq agak leceh untuk digunakan kerana peniaga tak boleh customise menu mengikut cita rasa mereka. Peniaga restoran dan kafe juga tak dapat highlight menu terlaris yang mereka inginkan.
Berlainan dengan QR Order & Pay StoreHub, peniaga seperti anda dapat customise menu mengikut cita rasa dan kesesuaian bisnes. Anda juga dapat highlight menu best seller atau menu terbaharu dan dapat edit kesemua ini melalui BackOffice StoreHub.
Ringkasan: POS Mana Paling Sesuai Untuk Restoran Anda?

Untuk pastikan bisnes anda terus maju kehadapan, anda perlukan sistem yang dapat bantu dan urus operasi bisnes harian dengan cekap dan sistematik.
Macam anda dah tahu, sistem POS bolehkan anda untuk urus jualan dan inventori, selia prestasi pekerja, akses laporan jualan secara terkini terperinci serta tarik pelanggan kembali ke kedai anda dalam masa yang singkat. Jadi, antara 3 sistem POS ini, yang mana anda rasa paling sesuai untuk bisnes anda?
Kalau anda nak investment anda berbaloi, sistem POS all-in-one StoreHub adalah pilihan yang terbaik. Ia bukan sahaja dapat bantu anda uruskan operasi bisnes, malah anda dapat simpan semua data dalam sistem cloud dan jana lebih keuntungan kerana ia dilengkapi dengan 30+ ciri efektif.
Nak tahu macam mana sistem POS StoreHub dapat majukan bisnes anda? Klik demo PERCUMA di bawah sekarang!
Penerbitan ini hanya bertujuan untuk maklumat am sahaja dan tidak seharusnya merangkumi kesemua aspek topik yang dibincangkan. Ia juga tidak bertujuan untuk menjadi nasihat muktamad anda. Anda perlu mendapatkan nasihat profesional atau pakar sebelum mengambil sebarang tindakan atau menahan diri dari tindakan berdasarkan kandungan dalam penerbitan ini. Maklumat dalam penerbitan ini tidak membentuk nasihat undang-undang, cukai, atau profesional lain dari StoreHub atau rakan kongsi kami. Keputusan yang diambil sebelum ini tidak menjamin hasil yang sama. Kami tidak membuat pernyataan, jaminan atau pengesahan, sama ada secara tersurat atau tersirat, bahawa kandungan dalam penerbitan ini adalah tepat, lengkap atau terkini.
Recent Comments